ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah (Ahzab 33:39) target="_blank"

Friday, April 8, 2011

Pengajaran Hadithul Ifik - Fitnah keji ke atas Siti Aisyah RA

http://quran.com/24/9-15

Peristiwa Dusta atau bohong yang ditimpakan kepada Isteri Baginda Rasulullah saw Saidatina ‘Aisyah r.a, setelah tamatnya perang dengan Bani Mushtaliq iaitu pada bulan Sya'ban 5 H. Peperangan tersebut turut disertai oleh kaum munafik, dan diikuti pula 'Aisyah setelah berdasarkan undian yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah saw terhadap isteri-isterinya. Dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. 'Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasakan kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. Ketika sedang mencari kalung itu, rombongan berangkat dengan menyangkakan bahwa 'Aisyah masih ada dalam sekedup tersebut. Setelah 'Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengaharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, ketika itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu'aththal sedang melalui jalan tersebut , maka dilihatnya seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, isteri Rasul!" 'Aisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh Shafwan mengendarai untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka timbullah fitnah ke atas 'Aisyah r.a. denga bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.
( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

Maka dengan sebab itulah Allah swt telah menurunkan beberapa ayat dalam surah an-Nur dengan tujuan untuk membebaskan Saidatina ‘Aisyah r.a dari belenggu berita bohong yang menjadi fitnah kepadanya.

Antara Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini ialah :

1. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah swt , janganlah sekali-kali kita berprasangka buruk dengan mana-mana muslim sekali pun dengan hanya berdalilkan atau bersandarkan kepada berita dan pengkhabaran dari mulut orang lain. Apa yang harus dilakukan ialah dengan memulakan setiap perkhabaran atau apa sahaja berita yang didengari dengan bersangka baik…Ini sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran 24 : 12

quran.com/24/12

2. Hendaklah berhati-hati dalam menerima dan mempercayai setiap khabar yang sampai kepada kita. Kita dilarang untuk menyebarkan khabar tersebut selagi belum dapat dipastikan akan kesahihan dan kebenaran khabar tersebut , kerana sesungguhnya setiap berita bohong yang kita sangkakan hanyalah perkara kecil , tetapi disisi Allah ianya adalah amat besar.( AQ 24 : 15 )

3. Manusia munafiq atau disebut dalam istilah moden sebagai hipokrit adalah musuh utama yang merosakkan Islam dan umatnya.Malah golongan ini jugalah yang menjadi dalang dalam setiap khabar angin yang sampai kepada umat Islam dengan tujuan untuk memporak perandakan Islam dan Umatnya.Sebagaimana dalam Peristiwa al-Ifk ini , individu munafik yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul adalah yang pertama mereka-reka cerita bohong yang memfitnah Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a dan menyebarkannya ke seluruh pelosok Madinah. ( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

4. Sesungguhnya dengan sifat Rahmah Allah swt yang mana antaranya ialah pengampunan yang diberikan didunia terhadap dosa-dosa yang dilakukan , maka Allah swt tidak menimpakan azab yang besar dan pedih atas sebab berita bohong dan fitnah yang kamu lakukan.(AQ 24 : 14 , Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )
5. Salah satu lagi sifat manusia munafiq ini ialah menginginkan setiap berita bohong yang menjadi fitnah kepada umat Islam itu tersebar dengan meluasnya…Seolah-olah mahu menjatuhkan maruah dan meng’aibkan individu tersebut.Ingatllah bagi mereka ini azab Allah yang maha pedih di akhirat nanti. (AQ 24 : 19 , Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

6. Peristiwa al-Ifki ini sebenarnya menjadi dalil bagi kita agar sentiasa berhati-hati dengan godaan syaitan yang sentiasa menyuruh dan menghasut manusia supaya melakukan perbuatan keji dan mungkar , termasuklah dengan mereka-reka berita bohong dan menyebarkannya , serta mempercayai segala perkhabaran yang sampai kepada kita sebelum dipastikan kesahihan berita tersebut (AQ 24 : 21 , ( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

Jika diteliti dan dihayati , peristiwa ini dan segala pengajaran yang terdapat dalamnya adalah amat besar faedahnya dalam kehidupan muslim.Malah itulah antara tujuan dan matlamat al-Quran itu sendiri dengan menyuruh manusia agar sentiasa menghayati dan mengamalkan kandungan Al Quran dalam kehidupan seharian.

www.al-ahkam.net

No comments:

Post a Comment