ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah (Ahzab 33:39) target="_blank"

Saturday, April 30, 2011

Ustaz Shazly - FIKIR, buat amal bermanfaat kepada Masyarakat

Kuliah Subuh, surau Taqwa, seksyen 7 Shah Alam

www.ustazshazly.com

FITNAH dan BAHAYANYA - Ustaz Yusof Embong @ Isu sumpah laknat dan video sex

surau Taqwa seksyen 7 Shah Alam Selangor

Bahaya fitnah> Fitnah ialah niat, kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tidak bersalah.
Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakannya itu benar.

Fitnah boleh berlaku di mana- mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati, kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor atau hati yang sakit.

Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik dan dosa besar dalam Islam kerana boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghalangnya daripada berbuat kebajikan.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000713498550

http://yusofembong.blogspot.com

Bagaimana Mensabitkan Kesalahan Zina dan Liwat Dalam Islam - Siri iii

Friday, April 29, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Penyelesaian Masalah Umat Islam @ Bala menentang hukum Allah

ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

Kaum Kuffar tidak mahu berhujjah, tetapi menggunakan FITNAH, menuduh Nabi Muhammad SIHIR, pecah belah

http://www.mediafire.com/?zztbttnon9oe7bt

www.mymaktabaty.com

Umrah musim cuti bulan Mei dan June

Ustaz Mokhtar Senik

Jom Umrah musim cuti bulan Mei dan June bersama PONDOK AN-NUUR TRAVEL & TOURS SDN BHD. Hanya RM 5500 ( full pakej). Penerbangan Singapore Airline.

Dipimpin oleh Ustaz Mokhtar Senik.

Hubungi segera pejabat pengurusan PNTT (Kuantan) 095162341 atau Nortarmimi 019-9255892

Monday, April 25, 2011

Wakaf kitab dan buku

projek Wakaf kitab Terjemahan al Quran al Karim & BUKU2 Islamic kepada Masjid/surau ...

derma, sila bank in kepada Maybank 156132537906 (Azhar)

AL Quran - Petunjuk

Ustaz Ahmad Dahri - Tenang Jiwa




Download mp3

Jemaah Islam

Ustaz Zaharuddin:

1. Keperluan Jemaah

2. Status Baiah (janji setia)

3. Amir jemaah (ketua)

4. Rahsia dalam jemaah

Sunday, April 24, 2011

Lapar vs Kenyang - tarbiyyah diri

ustaz Sidek Noor
kitab Siarus Salikin
Masjid Batu

pastikan makanan halal dan suci
para pejuang Islam mesti latih diri dengan lapar dan sabar

download mp3

Saturday, April 23, 2011

Kuliah ustaz Sharir Long: 6 Tanda Akhir Zaman

Kuliah ustaz Sharir Long: 6 Tanda Akhir Zaman: "surau Taqwa, seksyen 7 Shah Alam 1. Diangkat Ilmu agama 2. Banyak gempa bumi 3. Masa singkat 4. Pelbagai Fitnah 5. Banyak pembunuhan 6..."

surau Taqwa, seksyen 7 Shah Alam

1. Diangkat Ilmu agama
2. Banyak gempa bumi
3. Masa singkat
4. Pelbagai Fitnah
5. Banyak pembunuhan
6. Banyak Harta tersimpan

Tafsir surah al A'raaf 55-65 - ustaz Nazmi Karim

surau Taqwa, Seksyen 7 Shah Alam

7/55

7/59

59-62

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"

Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata".

Nabi Nuh menjawab: "Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Friday, April 22, 2011

Suburkan Iman Seindah Senyuman Ustaz Haslin Bahrin

info : ustaz Haslim 26 April surau Taqwa sek 7 Shah Alam

Peranan Muslimat dalam perjuangan Islam

Kuliah dan ceramah PAS: Peranan Muslimat dalam perjuangan Islam: "ustaz Azhar Idrus 15 April Himpunan Muslimat Terengganu (HIMAT) http://webtv.terengganukini.net/ceramah/2011/110415/110415b.wmv http://www..."

Tazkirah & Khutbah - AL QURAN - yakin dan laksanakan

tazkirah oleh Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Surau Mustaqimah, Seksyen 7 Shah Alam

Wednesday, April 20, 2011

Redha Allah

Kuliah Dari Yg Berbhg Ustaz T M Fouzy Tanda Allah S.W.T Cinta fasa Ke 6.Siyarus Salikin m.s. 285 pd 19 April 2011 bersamaan 16 Jamadil Awal 1432 H.

**jika mencari keredhaan ALLAH ...mestilah redha (terima) Hukum ALLAH, perintah dan laranganNya



ummutawfiq on Apr 20, 2011

Jauhi dari kumpulan permainkan agama



Kuliah Tafsir surah al An'aaam 65-70

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia

dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)

An'aam 6/70

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)

An'aam 6/68

*ustaz Aris Hazlan
Masjid Ketari, Bentong Pahang

WHAT IS ISLAM ?

Dr Zakir Naik explains what is Islam, and what Muslims believe



by shazad418 on Feb 11, 2008

Tuesday, April 19, 2011

Keperibadian Muslim - Pakaian : Bahaya Tabarruj dan Pergaulan Bebas



10 Ciri Peribadi Muslim
1. Aqidah yang sejahtera

Amalan mesti tidak bercanggah dengan Ilmu dan Aqidah

mesti kenal ALLAH

2. Ibadah yang sahih

3. Akhlaq yang mantap

Monday, April 18, 2011

Membudayakan Masyarakat Melalui Pendidikan

Ustaz Abu Bakar Chik

Hakikat Syirik

ALLAH tidak akan mengampunkan DOSA SYIRIK (Mempersekutukan Nya dengan sesuatu)

Nisa 4/48
http://quran.com/4/48

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar

Nisa 4/116
http://quran.com/4/116

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh

Luqman 31/113
http://quran.com/31/13

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Maidah 5/72
http://quran.com/5/72

Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim



Sunday, April 17, 2011

Penyakit di jalan DAKWAH - PEMBAZIRAN (2)

Kitab Aafat 'alattoriq - Pembaziran - Masjid Galang Pulai Chondong mymaktabaty.com

Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Penyakit menimbulkan kemalasan dan penyimpangan dalam perjuangan Islam dan Ibadah
*gugur dari jalan Dakwah

1. FUTUR - Lemah semangat

2. PEMBAZIRAN MASA dan sumber, duit, tenaga, usaha
Boros

*setiap yang dinafkahkan atau digunakan (dibelanjakan) tidak untuk ketaatan kepada ALLAH

10 sebab Membazir
Kejahilan mengenai Hukum pembaziran
*dididik dalam keadaan membazir

Senang selepas susah

Godaan atau hasutan isteri atau anak

Ikut hawa nafsu

Lupa Akhirat (huru hara hari Qiamat)

Lupa matlamat kehidupan dunia yang sebenar

38.00
KESAN PEMBAZIRAN
Keras hati lalai dari mengingati ALLAH
Tiada kemanisan (lazat) beribadah

Dorongan melakukan kejahatan

48
PENYELESAIAN
Berfikir akibat buruk pembaziran
Lawan nafsu
Lihat sunnah Nabi

Ustz Hj Subri Hj Md Arshad - Taqwa



Ust. Hj Subri Md Arshad - Tazkirah mengenai 'Mati'





Aqidah - beriman dengan Rasul

Beriman dengan Rasul
Utusan ALLAH
membawa ajaran Islam

taat Rasul
mematuhi Syariat, Hukum Islam

Friday, April 15, 2011

Tanda Orang Munafiq

Sahih Bukhari : Kitab Iman : Sesi 19 - 240307 -

Ustaz Azhar Idrus - Pertandingan Maksiat

Hadis berkenaan Amar Makruf Nahi Mungkar

Ada golongan menegah orang dari mencegah kemungkaran
*hanya seru kepada Iman, tetapi tidak melarang dari mungkar!

termasuk:
melarang kerajaan dari melakukan kezaliman

GOLONGAN INI SESAT!

Firman Allah bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik diutuskan kepada manusia, kerana kamu beramar makruf, dan nahi mungkar, dan beriman kepada ALLAH"

Siapa yang melihat kemungkaran, wajib ubah/cegah dengan KUASA











TG Hadi Awang 15 April

Khutbah Jumaat : Kepentingan Ulama' dalam Pemerintahan

Ulama' membimbing
Umara' mentadbir

Jika rosak ulama', rosak umara', rosaklah ummah

Thursday, April 14, 2011

Perjalanan hidupku - Bob Lokman



MAHABBATULLAH - Kasih Sayang Kita Pada Allah

Ustaz T M Fouzy -

MAHABBATULLAH - Kasih Sayang Kita Pada Allah (dan kasih ALLAH kepada hambaNya)

Tanda kasih Allah
Mudahkaan taat dan beribadah menyembahNya



ummutawfiq on Apr 14, 2011

Kuliah di Medan Ilmu - LIVE

9.50 pagi
ISLAM terjaga (terpelihara) dengan para Mujahid

10.05
orang beriman pasti akan diuji


Live Video streaming by Ustream

Bob Lokman : Mengalir Air mata di Gopeng P1

Pentingnya ilmu sebelum beramal #9

Ulama' @ orang Alim itu dimohon ampun
darjat lebih dari ahli Ibadah
pewaris Nabi (mewariskan ilmu)

Dicabut ilmu dengan matinya ulama, lalu pemimpin dari kalangan orang bodoh, yang sesat dan menyesatkan, berfatwa tanpa ilmu

Bersegeralah menuntut Ilmu
Memahami agama (ad Din)



Download mp3 dan file di 4shared

http://search.4shared.com/q/1/ustaz

Tuesday, April 12, 2011

Memenuhi Keperluan Kaum Muslimin

Ustaz Anzaruddin Ahmad
kitab Riyadus Solihin
Bab 29

surah al Hajj 22/77
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)



icemaker1990 Apr 12, 2011

Sunday, April 10, 2011

TADABBUR ALI IMRAN AYAT 23 KE 25

http://quran.com/3/23

Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu)

Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan

Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya



15.00
berkenaan Hukum Hudud

Tafsir surah Ali Imran 21 22

http://quran.com/3/21

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

http://quran.com/3/18-24

From Darkness To Light - The Lecture



TVSUNNAH | Mar 15, 2011

Dr Abu Ameenah Bilal Philips, Dean - Islamic Online University delivering a lecture entitled : "From Darkness to Light" in the Main Auditorium, International Islamic University, Kuala Lumpur. Feb 2011

Kematian Dan Kesannya Pada Anggota Manusia

Ustaz Muhammad Haji Rais -



topik MATI (Death)

*ingat mati, bersedia

Saturday, April 9, 2011

Sign of A Healthy Repentance (Taubat)

Suhaib Webb -

Never wanting to repeat or return to the sin

Pull out from the crowd (Stop befriending with those who do sins). Examples : drinking alcohol and night club

surah al Fatihah
recognition of ALLAH

Nasihat agama WAHAI ANAKKU - ILMU tidak bermanfaat

Ayyuhal Walad 3 Oct 2010 (V2)

Nasihat ke 24

ILMU tidak bermanfaat

Lakukan 4 perkara

1. Periksa hubungan dengan Allah




- Jaga hubungan manusia

*jadi hamba Allah, jangan jadi hamba selainNya

*fungsi ulama' umara',



assobirin2010 on Apr 8, 2011

Kuliah maghrib di Masjid As-Sobirin oleh Ustaz Yunus Kamarudin membaca Kitab Ayyuhal Walad yang membicarakan nasihat-nasihat agama oleh Imam Al-Ghazali. www.masjidassobirin.com

Akidah Benteng Kehidupan Bhg 1

Ustaz Haji Nicholas Slyvester Abdullah(Bekas Tentera Katholik Kristus)

http://www.almuttaqin.tv/mp3_papar.php?id=1904

Siti Maryam ibu Nabi Isa a.s.

Kejahatan Fitnah zina

Malaysia Terok - Ustaz Mutalib Maarof

Komen Ustaz Mutalib Maarof berkaitan video lucah



kuliah mingguan di Yayasan AnNadhoh, Penanti pada 2.4.2011

Friday, April 8, 2011

TG Hadi Awang - Kuliah 8 April

Asas kepercayaan kepada ALLAH

Kepercayaan mesti benar menurut apa yang diajar Islam

Iman kepada ALLAH mesti ikut dasar/asas yang betul

Orang kafir:
Mereka-reka (ada adakan) tuhan tuhan selain Allah

1jam
supaya harta tidak dibolot oleh orang kaya (berpusing di kalangan mereka sahaja)

http://webtv.terengganukini.net/kuliah/2011/110408/110408.wmv

THE MEANING OF REPENTANCE (TAWBAH)

Suhaib Webb

*thank you TVSunnah for this video, complete with texts

Regret in the heart
Obedience of Allah





2. WHAT IS IT THAT WE REPENT FROM?



TVSUNNAH on Jan 17, 2011

Lecture on the 13 Jan 2011 at KGPA, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Tafsir Surah Al Humazah

Imam Suhaib Webb

Quran.com/104

Woe to every scorner and mocker
104:2
Who collects wealth and [continuously] counts it.
104:3
He thinks that his wealth will make him immortal.
104:4
No! He will surely be thrown into the Crusher

Pengajaran Hadithul Ifik - Fitnah keji ke atas Siti Aisyah RA

http://quran.com/24/9-15

Peristiwa Dusta atau bohong yang ditimpakan kepada Isteri Baginda Rasulullah saw Saidatina ‘Aisyah r.a, setelah tamatnya perang dengan Bani Mushtaliq iaitu pada bulan Sya'ban 5 H. Peperangan tersebut turut disertai oleh kaum munafik, dan diikuti pula 'Aisyah setelah berdasarkan undian yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah saw terhadap isteri-isterinya. Dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. 'Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasakan kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. Ketika sedang mencari kalung itu, rombongan berangkat dengan menyangkakan bahwa 'Aisyah masih ada dalam sekedup tersebut. Setelah 'Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengaharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, ketika itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu'aththal sedang melalui jalan tersebut , maka dilihatnya seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, isteri Rasul!" 'Aisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh Shafwan mengendarai untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka timbullah fitnah ke atas 'Aisyah r.a. denga bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.
( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

Maka dengan sebab itulah Allah swt telah menurunkan beberapa ayat dalam surah an-Nur dengan tujuan untuk membebaskan Saidatina ‘Aisyah r.a dari belenggu berita bohong yang menjadi fitnah kepadanya.

Antara Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini ialah :

1. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah swt , janganlah sekali-kali kita berprasangka buruk dengan mana-mana muslim sekali pun dengan hanya berdalilkan atau bersandarkan kepada berita dan pengkhabaran dari mulut orang lain. Apa yang harus dilakukan ialah dengan memulakan setiap perkhabaran atau apa sahaja berita yang didengari dengan bersangka baik…Ini sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran 24 : 12

quran.com/24/12

2. Hendaklah berhati-hati dalam menerima dan mempercayai setiap khabar yang sampai kepada kita. Kita dilarang untuk menyebarkan khabar tersebut selagi belum dapat dipastikan akan kesahihan dan kebenaran khabar tersebut , kerana sesungguhnya setiap berita bohong yang kita sangkakan hanyalah perkara kecil , tetapi disisi Allah ianya adalah amat besar.( AQ 24 : 15 )

3. Manusia munafiq atau disebut dalam istilah moden sebagai hipokrit adalah musuh utama yang merosakkan Islam dan umatnya.Malah golongan ini jugalah yang menjadi dalang dalam setiap khabar angin yang sampai kepada umat Islam dengan tujuan untuk memporak perandakan Islam dan Umatnya.Sebagaimana dalam Peristiwa al-Ifk ini , individu munafik yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul adalah yang pertama mereka-reka cerita bohong yang memfitnah Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a dan menyebarkannya ke seluruh pelosok Madinah. ( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

4. Sesungguhnya dengan sifat Rahmah Allah swt yang mana antaranya ialah pengampunan yang diberikan didunia terhadap dosa-dosa yang dilakukan , maka Allah swt tidak menimpakan azab yang besar dan pedih atas sebab berita bohong dan fitnah yang kamu lakukan.(AQ 24 : 14 , Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )
5. Salah satu lagi sifat manusia munafiq ini ialah menginginkan setiap berita bohong yang menjadi fitnah kepada umat Islam itu tersebar dengan meluasnya…Seolah-olah mahu menjatuhkan maruah dan meng’aibkan individu tersebut.Ingatllah bagi mereka ini azab Allah yang maha pedih di akhirat nanti. (AQ 24 : 19 , Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

6. Peristiwa al-Ifki ini sebenarnya menjadi dalil bagi kita agar sentiasa berhati-hati dengan godaan syaitan yang sentiasa menyuruh dan menghasut manusia supaya melakukan perbuatan keji dan mungkar , termasuklah dengan mereka-reka berita bohong dan menyebarkannya , serta mempercayai segala perkhabaran yang sampai kepada kita sebelum dipastikan kesahihan berita tersebut (AQ 24 : 21 , ( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily )

Jika diteliti dan dihayati , peristiwa ini dan segala pengajaran yang terdapat dalamnya adalah amat besar faedahnya dalam kehidupan muslim.Malah itulah antara tujuan dan matlamat al-Quran itu sendiri dengan menyuruh manusia agar sentiasa menghayati dan mengamalkan kandungan Al Quran dalam kehidupan seharian.

www.al-ahkam.net

Ustaz Azhar di Medan Ilmu KB

Kuliah Tuan Guru Hj Hadi Awang

surah al Maaidah 16

Tafsir Surah Al Takathur

Imam Suhaib


The Rivalry in world increase) - سورة التكاثر

بسم الله الرحمن الرحيم

*Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)

102:1
Competition in [worldly] increase diverts you
102:2
Until you visit the graveyards.
102:3
No! You are going to know.
102:4
Then no! You are going to know.
102:5
No! If you only knew with knowledge of certainty...
102:6
You will surely see the Hellfire.
102:7
Then you will surely see it with the eye of certainty.
102:8
Then you will surely be asked that Day about pleasure.

Hukum Ahli Maksiat

Ustaz Jamaluddin Wahab -



ummutawfiq on Apr 7, 2011

Kuliah Di Masjid Darul Ghufran Tampines Singapore Dari Yg Berbhg Ustaz Jamaluddin Wahab - Hukum Ahli Maksiat

Khutbah - The Trials of This Life

trials and tribulations
ALLAH tests the faith of the Mukmin (Muslim true believers)
undergo difficulties and hardship
increase hope and belief in ALLAH

FITNAH

*history : Siti Aisyah, the wife of Rasulullah SAW was accused of zina

The Sources of Islamic Guidance

So know that there is no god but ALLAH, and repent for your sins
(surah Muhammad)



SuhaibDWebb on Feb 19, 2010

Imam Suhaib's talk on the sources of Islamic guidance as part of the "A Taste of Sweetness" series. The talk took place at the Ibrahim Khallilulah Islamic Center (IKIC) in Fremont, CA on 8/13/09. Visit www.suhaibwebb.com for more articles and videos

Khutbah - The Prophetic Legacy of Dakwah



SuhaibDWebb on Jan 19, 2010

Imam Suhaib Webb's khutbah at MCA on 8/7/09. Visit www.suhaibwebb.com

Kehancuran Yahudi

Ustaz Haji Zainol Asri Bin Haji Romli

Khutbah : Berlaku ADIL, jangan aniaya dan zalim

Thursday, April 7, 2011

Nik Aziz - Live TAFSIR SURAH al AHQAAF 20




Kuliah mingguan pagi Jumaat

Tafsir surah al Ahqaaf
mhttp://quran.com/46

orang kafir akan didedahkan kepada NERAKA
kamu sombong ketika hidup di dunia

*minggu lepas : doa kepada ibu bapa
http://quran.com/46/15

_________________________



http://quran.com/46/20

Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasiq"

http://www.ustream.tv/channel/kelantantv

Takut Pada Allah @ Penenang bagi Jiwa

Ustaz Farhan Mohd Suhut -


Istighfar

Makanan halal dan suci

Al Quran petunjuk untuk semua manusia

Ustaz Sharil Long -

Nahl 16/44

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya

Menjadi Pembela Apabila Ulama` Dihina

Amanah Allah , Tegakkan Kerajaan Atas Dasar Taqwa

http://almuttaqin.tv/mp3_papar.php?id=1898

sila pergi ke link ini jika tidak boleh play


Tafsir surah al Balad

Ismail Kamus

Tafsir surah al Balad [90]
http://quran.com/90


Ancaman Dari Allah @ Tafsir surah al ALAQ

Dato' Ismail Kamus

Tafsir surah al ALAQ [96]
atau surah Iqra'
http://quran.com/96




TG Hadi Awang - Sejarah Perkembangan Islam

surah an Nur 55

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka

Kelebihan Rasulullah



Wacana Kitab 41 Kelebihan Rasulullah Bhg 1 - Pondok Sungai Durian - 15 Feb 2011

4 Sifat Berjaya Dalam Hidup

Ustaz Budak - Masjid Bandar Pasir Puteh, Kelantan

Syukur Nikmat, jangan Kufur nikmat



myzaimi on Jan 26, 2008

Jejak Sirah - Siapa Bani Israel @ YAHUDI

Wednesday, April 6, 2011

Himmah - Aspirasi, semangat, kemahuan tinggi

Makna HIMMAH


Himmah Yang Tinggi Asas Keperibadian Seorang Pendakwah
Perkataan himmah digunakan untuk membayangkan maksud kehendak untuk mencapai suatu objektif tertentu


BAGAIMANA MENANAMKAN OBSESI YANG TINGGI/HIMMAH ‘ALIYAH

Rasulullah bersabda : ”Nama yang tepat bagi seorang muslim adalah Hammam dan Harist dan nama yang paling Allah cintai adalah Abdullah dan Abdurrahman ".

Al Hammam adalah niat yang kuat, sedangkan “Al Harits” adalah sosok dari hasil Himmah atau hammam yaitu bekerja untuk mendapatkan obsesi/keinginan tersebut. Jadi setiap manusia punya keinginan, namun tidak semua manusia memiliki keinginan “Himmah ” yang kuat

Himmah Yang Tinggi Asas Keperibadian Seorang Pendakwah

Perkataan himmah digunakan untuk membayangkan maksud kehendak untuk mencapai suatu objektif tertentu. Manusia secara psikologinya sentiasa menghendaki sesuatu yang baru. Citarasa dan kehendak yang sentiasa berubah dan baru adalah sifat normal bagi setiap insan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak memperbaharui keinginannya atau tidak ada keinginan, dia dianggap sebagai bermasalah dan dia mungkin menghidapi penyakit kemurungan




Kepentingan Murabbi (Pendidik)

Himmah 2

Dakwah dan Jihad - Gejala Pengangguran

Ceramah Al Quud oleh Ustaz Suhaimi

Pengangguran = masalah sosial

5.40
Gejala al Qu'ud
1. Pengangguran dari dakwah
2. Kemalasan berharakah
3. Kelemahan jiwa
4. Tiada pekerjaan
5. Berpeluk tubuh dari amal
6. Tidak menunaikan kewajiban
7. Tidak menjalankan tugas2 Dakwah pelbagai bentuk
8. Terbiasa menikmati suasana santai
9. Berlepas diri dari usaha memikul beban dan tanggungjawab


Perangai orang yang enggan berjuang

Ceramah Al Quud oleh Ustaz Suhaimi 2

Perang Tabuk - sukar
Golongan MUNAFIQ enggan pergi berjihad (perang)
MATI di mana sahaja, jangan takut mati dalam perang
*sekarang ini ramai yang takut untuk menyertai Perjuangan Islam

perangai orang yang enggan berjuang

jangan KAFIR setelah beriman ...

Hitung Nikmat ALLAH, tidak terkira
SYUKUR dengan TAAT
Jawatan, pangkat, gaji

atasi penyakit CINTA DUNIA



http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tabuk

Kisah Ka'ab bin Malik Dalam Perang Tabuk
ada beberapa sahabat yang tidak berangkat berperang. Salah satu di antar mereka. Salah satu di antara mereka adalah Ka'ab ...


Tafsir surah Abasa

Ustaz Firdaus Yahya

Quran.com/80

7
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya)

8
Adapun orang yang segera datang kepadamu

*Nabi ditegur oleh Allah SWT kerana tidak melayan seorang yang buta dan miskin, kerana Baginda sedang berdakwah kepada pemuka Quraisy

Sembah Allah dan jangan syirik

Ustaz Anzaruddin Ahmad

Sembah Allah dan jangan syirik
Berbuat baik kepada ibu bapa, dan ahli keluarga, orang miskin dan anak yatim, Ibnu Sabil (pada jalan Allah)

Nisa 36
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri


surah Luqman

Sirah Nabi

Sirah Nabi Kitab Raheeq Al Makhtum
Ustaz Nazmi Abdul Karim
_________________________________________________

perihal Yahudi zaman Nabi, ada yg beriman
yang isytihar permusuhan dan memerangi Islam, secara berkelompok mengikut Bani




icemaker1990 on Apr 1, 2011

Kecintaan pada Rasulullah sering sahaja diungkapkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Namun, sejauh manakah kecintaan itu harus dipersoalkan. Apakah ungkapan cinta tanpa erti itu adalah satu bentuk kecintaan? Cinta pada Rasulullah seharusnya dituruti dengan amalan sunnah dan pemahaman yang jelas tentang keperibadian Rasulullah. Sebuah buku terbitan Darussalam, Raheeq makhtum merupakan sebuah buku tentang seerah Rasulullah. Buku ini dalam karangan Bahasa Arab telah dialih bahasa dalam beberapa bahasa di seluruh dunia. Kandungan buku ini menceritakan fasa-fasa kehidupan Rasulullah yang dikukuhkan dengan sokongan bukti-bukti lain. Sebuah buku yang harus dibaca dan diteliti oleh semua Muslim agar kecintaan berserta kefahaman tentang sejarah kehidupan Rasulullah mampu meningkatkan darjat seorang yang bergelar Muslim

Tuesday, April 5, 2011

Taat pemimpin bukan pada kerja maksiat

Dato' Hj Ismail Kamus - Pemimpin yang adil 5/6

MEMILIH PEMIMPIN - Pemimpin yang adil

Dato' Hj Ismail Kamus -

Pemerintah
Pemimpin negara

ADIL - disuruh oleh ALLAH

Wajib memelihara rakyat, hukum ALLAH,
menjauhkan tegahan/larangan, apa yang merosakkan agama, mensia2kan hak, memperlekehkan agama Islam

MELAKSANAKAN KEADILAN



tiap pemimpin akan disoal kelak di Padang Mahsyar
"apa cara kamu dapat kuasa, dan bagaimana kamu guna kuasa"

Umat Yang Di Rindui Nabi Muhammad S.A.W

Ustaz Habib Ahmad Alkaff -

Islam kah Anda ?

Ustaz Jazair Jumat -

Fadhilat La Ilaa Ha Illallah

Ustaz Dato' Ismail Kamus

Perancangan Barat hendak menghapuskan Islam

Ustaz Ismail Kamus
Apabila Amanah Di Khianati (youtube)


Perjalanan Politik negara

Bagaimana Barat hendak menghapuskan Islam
Perancangan (Makar)

1. Merosakkan pemikiran orang Islam
Menimbulkan keraguan terhadap Quran dan Hadis , ajaran Islam

*gerakan anti Hadis

kerajaan negara umat Islam pro Barat dan jadi agen Barat (kuffar)





Yahudi dan Nasrani tidak akan redha hinggalah kamu ikut Millah (cara, perangai, sistem) mereka
*rosak akhlaq dan maruah, aqidah



menyerang QURAN



3. rosakkan AKHLAQ
*filem dan drama, hiburan

4. Pendidikan

SEKULARISME

Wanita Dan Islam



Jamalul58 on Mar 13, 2011

Ceramah mengenai "Ar Rasul SAW penyelamat Wanita" telah disampaikan oleh ustaz Roslan Mohamad. Sementara Bicara Bual diserikan oleh Dr Ustazah Normi dan Ustaz Dr Zulfakar. Program telah berlangsung di Pejabat IKRAM Shah Alam.

Peranan Manusia hidup di dunia

Ustaz Sallim Jasman - Ada Udang Sebalik Batu

Bahaya Menjadi Orang Jahil

Ustaz Ismail Kamus -

Yang Layak Bebas Dari Api Neraka

Ustaz Jamaludin Wahab -

Takut Pada Allah membawa kepada ketaatan

Ustaz Farhan Mohd Suhut - Takut Pada Allah V1

"yang beriman itu, bila disebut nama ALLAH, akan bergetar hati
dibaca ayat ALLAH, akan bertambah keimanan mereka"

KHAUF (Takut)

takut kepada Allah membawa kepada ketaatan

Tanda takut pada Allah:
Lidah - lisan, berkata yang benar/baik



assobirin2010 Feb 17, 2011
Kuliah maghrib Masjid As-Sobirin oleh Ustaz Farhan Mohd Suhut membaca kitab Penenang Bagi Jiwa bab Takut Pada Allah

Kuliah Kitab Anak Kunci Syurga Siri 2 - Ustaz Azhar Idrus

Part 3/10

5 Hukum : Wajib, sunat, harus, makruh, halal

*ramai tidak faham agama, tapi merosakkan agama




jahil dengan AKHIRAT

Rasulullah Pembangun Masyarakat Islam Cemerlang

Ustaz Ahmad Dahri & Ustaz Suhaimi Fauzi

Monday, April 4, 2011

Cinta Pada Allah

Ustaz Hassan Saifouridzal -

Tanda cinta

1. Cinta MATI
berjumpa dengan ALLAH

*berani dalam berjihad Fisabilillah dan sanggup Mati Syahid

TAQWA

2. Menyukai apa yang disukai ALLAH
tidak iikut hawa nafsu
Iltizam dengan ketaatan
Hampirkan diri kepada Allah

Serangan Pemikiran (Ghazwatul Fikr)

oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
DUDEv2 @York - Serangan Pemikiran oleh UZAR

Syitan berbentuk manusia (kafir dan munafiq, yang memerangi Islam)

dalam bidang ekonomi
pendidikan




WANITA

Riba' dan isu berkaitan

Ceramah Ustaz Zaharuddin di Uppsala, Sweden



Jangan Putus Harapan

Ustaz Sidek Nor - Jangan Putus Harapan

MINTA kepada ALLAH SWT
minta ampun

Nabi Musa berdoa , selepas 40 tahun diperkenankan, Firaun jatuh

Perjuangan ISLAM pasti akan menang

Ashabul Kahfi

Hasil tak semestinya kita akan rasa, tapi anak dan cucu di masa hadapan akan rasa buah perjuangan

Allah Maha berat azab seksaNya

Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).

al Maaidah 5/98

KEMERDEKAAN JIWA MENUJU ALLAH SWT

Sembahlah ALLAH dan jauhilah Taghut

- UST IHSAN TANJUNG

Mengingati Kematian. Vol 8.

Masjid Attaqwa Kuching

Riba' , Hukum berkaitan, dan persoalan semasa

ustaz Tajuddin Jali

Sunday, April 3, 2011

Ustaz Azhar Idrus .. ''Wirid Ahli NERAKA'' (Siri 222)_7.flv

Wahai manusia! Sembahlah Tuhan yang menciptakan kamu

Wahai manusia! Sembahlah Tuhan yang menciptakan kamu

Kuliah TCH ~ Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi

permulaan surah al Baqarah
orang kafir
orang MUNAFIQ secara terperinci



*orang bukan Islam pun boleh baca QURAN. sebab banyak ayat2 ditujukan kepada MANUSIA semuanya
[an Naas = manusia ]

bhg1



Aqal fikiran = membezakan manusia dengan haiwan dan makhluk lain
Tapi tidak boleh bergantung pada akal 100%.

QURAN (Wahyu) panduan dan perintah kepada manusia, supaya tidak sesat.

Kuliah - PUNCA ORANG TIDAK FAHAM ISLAM

USTAZ ASWAD NASRON 30/3/2011

Peranan Media - merosakkan aqal, merangsang syahwat, hawa nafsu

memburukkan orang agama

3. Suasana keadaan dunia

*perangai kebanyakan orang Muslim tidak mencerminkan akhlaq Islam

4. Sikap masyarakat enggan mendalami ilmu agama (kenal Allah, kenal diri)


orang beriman saling menolong, Amar Makruf Nahi Mungkar, mendirikan Solat

20.00
PEMERINTAH bertanggungjawab melaksanakan Islam. umpama pemandu kapal menuju ke tempat jauh.
*umat menuju Akhirat (syurga).

Saturday, April 2, 2011

saksi perbicaraan di Mahkamah Akhirat

Kuliah Jumaat 1 April 2011 - Ustaz Muhammad Mustafa

saksi perbuatan baik atau buruk

jangan MEMBAZIR peluang hidup

Isu Semasa Masyarakat

Ustaz Razali Muhammad
30 Mei 2010
*perbicaan pertuduhan liwat ke atas DS Anwar Ibrahim

Ustaz Azhar Idrus Istana Syurga Kampung Sebenar Part 4

Manusia banyak penyakit jasad dan rohani

Di syurga tiada lagi penyakit

Perang Mu'tah @ Berjuang di jalan ALLAH

Kuliah Jumaat 1 April 2011 - Ustaz Ahmad Fadhli Shaari - SU Akhbar Menteri Besar Kelantan

ALLAH membeli harta dan jiwa orang beriman dengan syurga
Mereka berjuang di jalan ALLAH

7.44
Perang Mu'tah
semangat para sahabat mempertahankan Islam, berhadapan dengan musuh

Nabi hantar surat kepada raja dan pemerintah mengajak kepada Islam
Seruan "Aslim Taslam (Islamlah kamu akan selamat)
*KETUANAN ISLAM

Raja Rom koyak surat, bunuh utusan Nabi

Nabi marah, isytihar Perang, hantar tentera 3 ribu menyerang Mu'tah (Rom)
Musuh 2ratus ribu

ucapan "menuntut janji dari ALLAH. kita berperang kerana agama mulia
Janji kemenangan, atau mati Syahid

Jalankan tanggungjawab kepada Islam. menang atau kalah bukan soal utama

*PAS bertanding di Kerdau Merlimau (kuat UMNO/BN)
BERI PILIHAN ISLAM kepada pengundi

Nabi Musa - bani Israel diperintah masuk ke sebuah kota/negeri, tapi mereka enggan

"Mengaku beriman, tetapi belum diuji?"

"Nak masuk syurga? tapi belum berjihad dan bersabar?"
___________________________

Fitnah video sex

*Qarun memfitnah Nabi Musa (upah pelacur mengaku berzina)

25.00
Isu Kepimpinan

Nabi wafat, para Sahabat segera lantik Khalifah Abu Bakar

Sunnatullah - Yahudi sangat dengki kepada Nabi dan orang Islam

Yahudi sangat dengki kepada Nabi dan orang Islam



assobirin2010 on Apr 2, 2011

Kuliah maghrib Masjid As-Sobirin Lembah Keramat oleh Ustaz Dr Mustaffa Umar.

Kitab: Sunnatullah - Siapa yang bersikap kasar nescaya orang lain akan menjauhkan diri.

Ustaz Azhar Idrus - Dosa yang menyebabkan ibadat tidak diterima



44kazuma on Jan 30, 2011

Kuliah ustaz Sharir Long: Tafsir surah al Insyirah

Kuliah ustaz Sharir Long: Tafsir surah al Insyirah: "http://quran.com/94/7

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) "

Kuliah ustaz Sharir Long: Jangan ikut Hawa nafsu

Kuliah ustaz Sharir Long: Jangan ikut Hawa nafsu

Friday, April 1, 2011

Dosa Besar - MEMBUNUH

UHY - Dosa Besar - 07/02/2011 - 1/6

Dengar dan TAAT



bhg2
yang membunuh orang beriman dengan sengaja




bhg 4
jangan meninggalkan JEMAAH ISLAM



uhychannel on Mar 31, 2011
Sebarang sumbangan sila bank in ke:
Nama: Pertubuhan Al-Khaadem
Akaun Nombor: 1204 7010 0145 23 (BIMB - Bank Islam)

Nik Aziz Tafsir surah Al Ahqaf 1 April

Tafsir surah Al Ahqaf Siri 8

http://quran.com/46/17

Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!"


Kuliah Tafsir Tok Guru Hadi Awang 1 April 2011

ALLAH MAHA BIJAKSANA

Hukum ALLAH sesuai dan adil



Perang UHUD
ujian ke atas golongan beriman (umat Islam mengalami kemenangan dan kekalahan silih berganti)

"Menyangka sudah beriman? tetapi tidak diuji (Fatan)"

nak masuk syurga percuma ?