Surah Al A'raf menceritakan tentang:
1. Penegasan Al Quran sebagai kalamullah yang menjadi mu'jizat berkekalan.
2. Semua manusia berasal dari bapa yang sama iaitu Adam.
3. Mengisbatkan tauhid (mengesakan) Allah dan penegasan bahawa hanya Allah yang berhak mencipta hukum hakam syariat.
4. Penurunan wahyu dan perlantikan rasul dari pihak Allah.
5. Perkhabaran tentang benarnya hari qiamat, yang terkandung padanya hisab, jaza', syurga, neraka dan pembahagian manusia kepada ahli syurga, ahli neraka dan ashabul a'raf.
6. Dalil dan bukti-bukti kewujudan Allah.
7. Amaran kepada umat Muhammad SAW dengan azab yang pernah menimpa umat-umat terdahulu.
8. Kisah-kisah para nabi seperti Nabi Nuh, Hud, Soleh, Lut, Syuaib dan Musa. Juga cerita penderhakaan Bani Israel yang mengundang kemurkaan Allah dan menjadikan mereka kera dan babi.
9. Allah mengumpamakan ulama' su' (ulama' jahat) yang menyembunyikan kebenaran hukum Allah seperti anjing.
10. Menolak penyembahan berhala yang pastinya tidak mampu memberi manfaat dan mudharat kepada manusia
No comments:
Post a Comment