Usul ke 19
Al Quran dan Hadis sahih TIDAK bertentangan dengan ILMU [Sains yang sahih]
jika ada pertentangan, wajib terima al Quran. ini kerana keterbatasan ilmu dan keupayaan manusia untuk mengkaji dan membentangkan kejadian alam.
contoh : kuasa elektrik, nuklear; sistem tubuh manusia
contoh : Roh (nyawa). manusia tidak mampu mengesan perkara ghaib.
contoh : Jin
ada juga `sains batil' yang sebenarnya bukan sains, tetapi TEORI manusia. contohnya teori evolusi Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk. semua benda dan kehidupan berasal dari 1 sel. ini langsung tidak dapat DIBUKTIKAN dengan experiment canggih sekalipun. tetapi membuang masa dan dijadikan ALAT penjajah Barat untuk menundukkan bangsa-bangsa lain.
PETIKAN DARI BUKU:
Usul Dua Puluh As-Syahid Hasan Al-Bana 51
ASAS KESEMBILANBELAS: Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya
Usul 20
No comments:
Post a Comment