ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah (Ahzab 33:39) target="_blank"

Thursday, June 9, 2011

ustaz Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Kuliah Jumaat 27 Mei

Quran surah 45 al Jathiyah (Melutut) ayat 6 dan seterusnya



Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -

Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.

Tuan Guru Nik Aziz 10 Jun

al Baqarah 177

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa

bhg 1


bhg 2






Wednesday, June 8, 2011

USTAZ SUBRI ARSHAD 7 Jun

Tafsir al Quran

surah al Mujadalah
ayat 14 - 19


Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)

Ustaz Azhar Idrus - Kelebihan Belajar Agama

Playlist 1-12



Ustaz Azhar Idrus - Jasa Ulama



Tuesday, June 7, 2011

40 Perkara Membatalkan IMAN - Melakukan Perkara BID'AH

surau ar Rahmah, seksyen 8 Shah Alam

BID'AH MUNGKAR termasuklah MENOLAK HUKUM ISLAM


*Ikut Hawa Nafsu, membelakangkan Syariat, tidak Taat perintah Allah dan Rasul

*tidak beradab dengan Rasulullah SAW
termasuklah : menghina, memperlekehkan, memfitnah Nabi Muhammad SAW

Saturday, June 4, 2011

Peristiwa dunia menurut pandangan ISLAM (Quran dan Hadis) dan kesan pada PALESTIN

Peristiwa dunia menurut pandangan ISLAM (Quran dan Hadis) dan kesan pada PALESTIN

Penindasan (oppression) politik sosial ekonomi
Politik negara umat Islam
kejatuhan Mubarak di Mesir
Israel
Riba'
Dajjal



Syeikh Imran Hussin
surau ar Rahmah, seksyen 8 Shah Alam

penyampaian : English